MatchPoint Times

Home

P Pinang kuat kuasa akta anti-sampah 1 Julai

Cover Image for P Pinang kuat kuasa akta anti-sampah 1 Julai

Exco H’ng Mooi Lye berkata penangguhan selama enam bulan itu bagi memudahkan program pendidikan awam dan kajian mekanisme penguatkuasaan.

BUKIT MERTAJAM: Pulau Pinang akan menguatkuasakan undang-undang anti-buang sampah lebih ketat mulai 1 Julai nanti, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa, H’ng Mooi Lye.

Katanya, penangguhan selama enam bulan diputuskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 17 Dis lalu bagi membolehkan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) membuat persediaan dengan menubuhkan mekanisme merangkumi pendidikan awam dan pelaksanaan undang-undang itu.

“Kedua-dua majlis bandaraya akan menubuhkan pasukan khas untuk mengkaji mekanisme pengeluaran saman mengikut kesalahan serta perkara lain,” katanya di luar majlis angkat sumpah ahli MBSP bagi penggal 2026 di Kompleks MBSP di Bandar Perda, di sini.

Tags:buang sampahLRTPulau Pinang


Senior navy officer to take legal action over Chegubard’s corruption claims

Vice-Admiral Sabri Zali’s lawyer says allegations by Badrul Hisham Shaharin are untrue, misleading, and ‘seriously defamatory’.

🟡FMT Reporters

Polis siasat akaun FB disyaki fitnah institusi diraja Perlis

Ketua Polis Arau, Ahmad Mohsin Rodi berkata hantaran facebook itu tuduh seseorang jadi dalang singkir Shukri Ramli sebagai menteri besar Perlis.

🟡FMT Reporters