PETALING JAYA: Pihak pembelaan dalam perbicaraan kes rasuah Jabatan Air Sabah merancang untuk memanggil bekas ketua menteri, Joseph Pairin Kitingan, sebagai salah seorang saksi mereka.
Peguam Ansari Abdullah memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Abu Bakar Manat, bahawa Pairin sepatutnya berada dalam senarai tujuh saksi pembelaan, lapor Daily Express.
Bagaimanapun, Ansari berkata mereka tidak dapat menghubungi Pairin, sementara saksi lain, Teo Chee Ming, berada di New Zealand dan seorang lagi, Michael Imban, tidak sihat.
