RAMALLAH: Negara Palestin mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang berlaku di bandar raya Sydney, Australia, yang mengakibatkan kematian dan kecederaan sejumlah mangsa, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Dalam kenyataan dikeluarkan Ahad malam, Negara Palestin menegaskan pendirian menolak semua bentuk ekstremisme dan keganasan, termasuk pembunuhan orang awam.
Ia juga menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta kerajaan dan rakyat Australia serta mendoakan mereka yang cedera supaya segera pulih.
