KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hasan berkata partinya tiada masalah sekiranya Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dilantik menjadi pengerusi majlis presiden Perikatan Nasional (PN).
Takiyuddin yang juga timbalan setiausaha agung PN bagaimanapun mengingatkan bahawa perkara itu hanya boleh diputuskan oleh majlis presiden itu sendiri.
“Sebenarnya secara perlembagaan, presiden-presiden dah jadi ahli majlis presiden cuma nak pinda ‘job scope’ (bidang kerja), jadi akan dibuat pindaan.”
