PETALING JAYA: Zara Qairina Mahathir dilaporkan pernah berasa takut terhadap pelajar senior di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha sebelum insiden ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai tahun lalu.
Peguam Rizwandean M Borhan berkata, Zara memaklumkan kepada saksi ke-59 dia pernah difitnah oleh pelajar senior yang menuduhnya bercakap buruk di belakang mereka walaupun perkara itu tidak pernah dilakukan.
Katanya, saksi berkenaan yang juga seorang kanak-kanak memberi keterangan bahawa pada Mei tahun lalu, dia pernah meminta Zara menemaninya ke blok akademik sekolah yang memerlukan mereka melalui kawasan berhampiran bilik pelajar senior.
