PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan masing-masing empat pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan anggota polis trafik bagi membantu siasatan sindiket tonto melibatkan lori.
Ketua Pesuruhjaya, Azam Baki, berkata siasatan awal mendapati sebanyak RM12.4 juta transaksi dipercayai berkaitan rasuah dikesan membabitkan tonto, syarikat dan penguat kuasa dalam kegiatan itu.
“SPRM menahan empat pegawai JPJ, empat anggota polis trafik, dua pemilik syarikat, tujuh pekerja tonto dan seorang orang awam yang merupakan pemilik akaun (keldai akaun).
