PETALING JAYA: Seorang pegawai kanan tentera dipanggil sekali lagi hari ini untuk dirakam keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkait siasatan berhubung dakwaan salah guna dana.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata pegawai berkenaan dibenarkan meninggalkan ibu pejabat agensi itu tengah malam selepas lebih 12 jam disoal siasat.
“Beliau dijangka dipanggil semula pagi ini untuk sambung rakam keterangan,” katanya kepada pemberita.
