KUALA LUMPUR: Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya merekodkan pelaburan direalisasikan berjumlah RM6.4 billion bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga menteri kewangan berkata ECERDC juga berjaya mewujudkan lebih 2,800 peluang pekerjaan baharu setakat ini.
“Dalam tempoh yang sama, nilai pelaburan komited pula mencecah RM10.4 bilion, iaitu melepasi sasaran RM10 bilion yang ditetapkan untuk tahun 2025,” kata beliau di Facebook.