MatchPoint Times

Home

Pemain warisan: Jawatankuasa gagal tentukan pihak palsu dokumen

Cover Image for Pemain warisan: Jawatankuasa gagal tentukan pihak palsu dokumen

Jawatankuasa bebas kata notari awam yang buat pengesahan tidak beri kerjasama kepada siasatan, dan ejen tujuh pemain tersebut gagal dikesan.

PETALING JAYA: Jawatankuasa bebas yang ditubuhkan untuk menyiasat isu dokumentasi membabitkan tujuh pemain warisan gagal menentukan secara muktamad pihak yang memalsukan dokumen.

Dalam laporan yang dikeluarkan semalam, jawatankuasa diketuai bekas ketua hakim negara, Raus Sharif, berkata ia tidak dapat menentukan pihak yang memalsukan dokumen kerana notari awam yang membuat pengesahan tidak memberikan kerjasama kepada siasatan, dan ejen kepada tujuh pemain tersebut gagal dikesan meskipun usaha yang munasabah telah dilakukan.

Mengambil maklum bahawa pemalsuan adalah kesalahan jenayah, jawatankuasa itu menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan yang sewajarnya untuk mengenal pasti asal usul dokumen disyaki palsu itu, dan mengenal pasti pihak bertanggungjawab.

Tags:FAMisu dokumentasijawatankuasa bebassiasatan


3 keluarga sambut baik AGC klasifikasi kes tembak Durian Tunggal sebagai bunuh

Peguam mewakili keluarga mangsa lega dan berharap siasatan lancar, cekap dan tidak memihak.

🟡FMT Reporters

Fadhlina grateful to be retained as education minister

She has faced numerous calls to resign in the wake of several troubling incidents in schools involving murder, rape and bullying.

🟡Mohamad Fadli