PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin senada dalam menjunjung kasih titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar kepentingan orang Melayu diutamakan dalam pembangunan semula tanah Kampung Sungai Baru di Kuala Lumpur.
Anwar berkata, pihaknya menyambut baik titah tersebut, yang disifatkan selari dengan pendirian kerajaan menghargai warisan sejarah di samping merancang pembangunan yang seimbang dan adil.
“Kerajaan berpegang teguh bahawa setiap keputusan mesti berpaksi pada aspek kesejahteraan rakyat serta kelangsungan identiti masyarakat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.