PETALING JAYA: Naib Ketua Bersekutu Bersatu R Sri Sanjeevan menuntut rakan separtinya, Badrul Hisham Shaharin, agar membuat permohonan maaf berhubung kenyataan dalam sebuah video siar langsung di Facebook yang didakwa memfitnahnya.
Menerusi surat tuntutan bertarikh 28 Okt, Sanjeevan mendakwa Badrul, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, memfitnahnya dalam video siar langsung yang dimuat naik pada 12 Okt.
Sanjeevan berkata, Badrul menggunakan gelaran yang menghina terhadapnya selain menuduhnya ‘membelanjakan banyak wang’ untuk ‘pejabat’ Muhyiddin Yassin dengan harapan untuk mempengaruhi presiden Bersatu itu.
