PETALING JAYA: Ketua Pemuda DAP Woo Kah Leong membidas pemimpin Umno Dr Akmal Saleh kerana sibuk menyerang peniaga kecil dan sekutu dalam kerajaan perpaduan tetapi bukan lawan dari Perikatan Nasional (PN).
Woo berkata ketua Pemuda Umno itu dilihat tidak menjawab persoalan berhubung sikap ‘dwipiawaian’ terhadap kesalahan dilakukan anggota sayapnya selain PAS.
Sehubungan itu beliau melabel Akmal sebagai ‘ketua Pemuda terpaling PN’.