PETALING JAYA: Polis berkata penggodam aplikasi WhatsApp Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail dipercayai menggunakan rangkaian persendirian maya (VPN) luar negara.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Muhammed Hasbullah Ali, berkata pihaknya giat mengesan lokasi penggodam yang menggodam WhatsApp Saifuddin sebelum menghantar pautan URL kepada kenalan di aplikasi sama.
Setakat ini, beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan mengalami kerugian akibat penggodaman itu.