PETALING JAYA: Industri hospitaliti negara tidak lagi boleh bergantung kepada bangunan mewah atau penarafan bintang sebagai ukuran kualiti, sebaliknya perlu menonjolkan tahap kepimpinan, budaya perkhidmatan serta pengurusan hotel yang profesional.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing, berkata kegagalan pengurusan hotel mempamerkan kepimpinan berkesan, khususnya ketika berdepan aduan atau isu melibatkan tetamu, berisiko merosakkan pengalaman pelawat dan imej negara di peringkat antarabangsa.

“Penarafan bintang tidak membawa makna sekiranya pengurusan gagal membuat keputusan, enggan tampil ke hadapan atau bersembunyi di sebalik SOP yang kaku,” katanya dalam kenyataan.
