PETALING JAYA: Idea lama untuk Barisan Nasional (BN) bertanding separuh daripada jumlah keseluruhan kerusi Parlimen dilihat tidak relevan di kala parti itu mahu melakukan penjenamaan semula, kata seorang pemimpinnya.
Bendahari Umno Sabah Salleh Said Keruak berkata penjenamaan semula diumumkan Setiausaha Agung Zambry Abdul Kadir tidak boleh bersifat kosmetik semata-mata tetapi mencerminkan perubahan cara berfikir, strategi dan budaya politik.
“Idea lama BN mesti bertanding separuh daripada jumlah kerusi sudah tidak lagi relevan. Formula itu lahir daripada era politik dominasi yang berbeza dengan keadaan hari ini.
