MatchPoint Times

Home

Perang bendera mula rancak menjelang PRN Sabah

Cover Image for Perang bendera mula rancak menjelang PRN Sabah

Bendera terutamanya PH, GRS, Warisan dan STAR kini menghiasi pemandangan sekitar bandar raya Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Masuk hari kedua kempen, bahang dan kemeriahan PRN Sabah sudah dapat dirasai di bandar raya ini menerusi perang bendera antara parti politik bertanding.

Tinjauan Bernama di sekitar Parlimen Kota Kinabalu yang mempunyai tiga kerusi DUN, iaitu Luyang, Likas dan Api-Api, mendapati bendera-bendera parti sudah banyak dipasang di lokasi strategik, termasuk di bulatan dan jejantas, selain di sepanjang jalan utama.

Bendera parti terutamanya Pakatan Harapan (PH), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan (Warisan) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) kini menghiasi pemandangan, antaranya di sepanjang Jalan KK Bypass, Jalan Kemajuan dan Jalan Tun Fuad Stephens, menandakan persaingan menawan hati pengundi.

Tags:Amanahdaftar pemilihDAPGRSjentera pilihan rayaKota Kinabaluparti bertandingperang benderaPKRPRN Sabah


Na’im thanks Universal for taking down girl group Dolla’s music video

The religious affairs minister praises Universal Music Malaysia for their ‘discernment and responsibility’.

🟡FMT Reporters

Sabah, Sarawak wajar dapat pertimbangan khas kerusi parlimen, kata Hajiji

Ketua menteri Sabah ucap terima kasih kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan berkata pengumuman itu satu langkah positif.

🟡FMT Reporters