MatchPoint Times

Home

Peranti, cecair vape RM315,900 dirampas di Perlis

Cover Image for Peranti, cecair vape RM315,900 dirampas di Perlis

Majlis Perbandaran Kangar turut mengeluarkan notis kesalahan dan kompaun kepada penjaga dua premis di Kangar kerana melanggar Akta Kerajaan Tempatan 1976.

PETALING JAYA: Polis merampas peranti dan cecair rokok elektronik berjumlah RM315,900 dalam serbuan ke atas dua premis di Kangar, Perlis, Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Azmi Abu Kassim, berkata serbuan oleh Pasukan Risik Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) bersama Majlis Perbandaran Kangar (MPK) hasil maklumat risikan serta aduan awam berhubung penjualan rokok elektronik haram di Perlis.

Beliau berkata 2,083 unit peranti dan cecair rokok elektronik bernilai RM104,150 dirampas dalam serbuan pertama di Kampung Baru, Kangar, manakala 4,235 unit peranti dan cecair vape bernilai RM211,750 dirampas menerusi serbuan kedua di Kampung Padang Behor, Kangar.

Tags:PerlisPolisRokok elektronikserbuanVape


Dozens injured after magnitude 6.0 quake strikes Sulawesi

The 10km-deep quake shook Poso Regency, reaching surrounding localities.

🟡Reuters

4 ditahan pekerja lombong maut ditikam rakan serumah mabuk

Polis berkata mangsa yang parah akibat kesan tikaman di dada, dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan oleh rakannya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

🟡FMT Reporters