PETALING JAYA: Perbincangan usaha melindungi kepentingan Islam, Melayu dan Bumiputera seharusnya memfokuskan kepada manfaat nyata yang menyelesaikan masalah harian rakyat biasa, kata seorang pemimpin Umno.
Bendahari Umno Sabah Salleh Said Keruak berkata ramai rakyat Melayu biasa lebih risau tentang isu seperti kos sara hidup meningkat, keselamatan pekerjaan, pendidikan anak-anak dan peluang ekonomi berbanding naratif politik semata-mata.
Bagi generasi muda Melayu pula, Salleh berkata kelompok itu mungkin berpendangan kesatuan politik sebagai relevan tetapi tetap ingin melihat perubahan nyata dalam kehidupan harian mereka.
