PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen Johor Bahru mendenda seorang pengarah syarikat RM20,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memperdaya Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor berhubung pembelian empat kontena bukan dilakukan syarikatnya tiga tahun lalu.
Sinar Harian melaporkan warga China, Chen Zhenlong, 48, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di depan Hakim Ahmad Kamal Arifin Ismail.
Pengarah Ascent Asia Industries Sdn Bhd itu didakwa bersubahat memperdaya JAS Johor bahawa syarikat kitar semula plastiknya bukan pembeli empat kontena, sebaliknya syarikat lain pada 19 Jan 2022.
