PETALING JAYA: Perpaduan nasional dalam kalangan kanak-kanak tidak terbentuk semata-mata dengan mewujudkan satu sistem persekolahan untuk semua murid, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Menjawab soalan Parlimen mengenai penubuhan ‘sekolah perpaduan’ bagi menggantikan sekolah kebangsaan, Fadhlina menjelaskan kementeriannya mempunyai pelbagai inisiatif yang berfungsi memupuk perpaduan di sekolah kebangsaan, sama ada menerusi kurikulum, aktiviti kokurikulum, tugas harian mahupun penglibatan komuniti.
Beliau berkata, nilai-nilai yang disemai dalam kalangan kanak-kanak di Tabika Perpaduan telah diperkukuh dan diperluas ke peringkat sekolah kebangsaan.
