SEBERANG PERAI: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa agar Projek Penyuraian Trafik antara Plaza tol Juru dan Sungai Dua (PTJSD) disiapkan segera, sambil menegaskan bahawa rakyat perlu menikmati manfaatnya secepat mungkin.
Anwar berkata walaupun projek itu mempunyai tempoh siap selama empat tahun dan dijadualkan selesai pada pertengahan 2030, beliau mahu kerja-kerja pembinaannya dipercepatkan.
“Kita mesti mengambil langkah segera untuk mempercepatkan proses ini supaya pelaksanaan projek dapat memberi manfaat kepada rakyat. Ini memerlukan pemantauan rapi,” katanya pada majlis pecah tanah projek itu di Tapak Ekspo Seberang Jaya.
