PETALING JAYA: Polis berkata dakwaan bahawa kes kematian Nurul Aina Karim yang dipercayai dibunuh tidak disiasat adalah tidak tepat.
Ketua Polis Kuantan, Wan Zahari Wan Busu berkata pihaknya sudah merakam keterangan daripada 14 individu, termasuk doktor yang menjalankan bedah siasat ke atas wanita berusia 37 tahun itu.
“Kami menafikan dakwaan tersebut kerana siasatan lanjut berhubung kematian mengejut ini masih dijalankan. Sehingga kini seramai 14 saksi telah direkod keterangan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.