MatchPoint Times

Home

Polis tahan lelaki tetak isteri, anak perempuan guna parang

Cover Image for Polis tahan lelaki tetak isteri, anak perempuan guna parang

Kejadian di Permai Jaya itu menyebabkan isteri suspek dirawat di ICU manakala anak perempuannya cedera parah di kepala.

SIBU: Polis berjaya menahan seorang lelaki kerana disyaki menetak isteri dan anak perempuannya menggunakan sebilah parang hingga menyebabkan kedua-duanya cedera parah di kediaman mereka di Permai Jaya di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Sibu Zulkipli Suhaili berkata suspek berusia 57 tahun ditangkap pasukan petugas khas di kawasan Kanowit pada 4.15 petang tadi.

“Suspek akan direman di Mahkamah Sibu pada esok bagi membantu siasatan. Polis masih berusaha mengenal pasti motif kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

Tags:AnakditangkapisteriKanowitlelakitetakZulkipli Suhaili


France arrests 5 new suspects over Louvre heist

Dozens of detectives have been hunting for four thieves who fled the scene with jewellery worth an estimated US$102 million.

🟡AFP

Dituduh curi kad bank, Zara alami gangguan emosi lepas jumpa senior

Saksi melihat Zara Qairina Mahathir baring di lantai sambil menangis di depan almari asramanya.

🟡FMT Reporters