KUALA LUMPUR: Presiden Umno Zahid Hamidi menyuarakan kebimbangan partinya berdepan risiko ‘tutup kedai’ dalam tempoh 20 tahun akan datang, sekiranya corak sokongan rakyat kekal seperti berlaku pada PRU lalu.
Beliau berkata, ahli Umno khususnya barisan pelapis perlu mencipta sesuatu yang luar biasa untuk menangkis persepsi dan prasangka negatif terhadap parti.
“Kalau rakyat membuat keputusan khususnya pengundi buat keputusan sama dengan keputusan PRU lalu…saya khuatir 20 tahun akan datang, kita akan perlahan-lahan menutup kedai politik (Umno) kita, biarpun produk kita jual di kedai politik itu baik,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun Pertama Sekolah Patriotik Umno (SPU).
