MatchPoint Times

Home

Projek Fidlot: Ahli Parlimen Padang Serai akan dituduh pada Isnin

Cover Image for Projek Fidlot: Ahli Parlimen Padang Serai akan dituduh pada Isnin

Azman Nasrudin disiasat atas dakwaan penerimaan kira-kira RM400,000 sebagai balasan mendapatkan hak penggunaan tanah untuk projek fidlot.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Padang Serai Azman Nasrudin mengakui akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Isnin ini, selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Beliau berkata, pertuduhan akan dihadapinya di bawah Seksyen 53(3) Akta SPRM 2009 berkait satu projek usahasama ternakan lembu kerajaan Kedah didakwanya mempunyai unsur ‘pengaruh politik’.

“Saya dimaklumkan oleh pegawai SPRM semalam bahawa ada akan ada dua orang lagi yang akan turut dituduh dengan seksyen yang sama di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Isnin ini,” katanya dalam video dimuat naik di media sosial.

Tags:ahli parlimen Padang SeraiAzman Nasrudinprojek fidlotprojek ternakan lembuSPRM


Arsenal’s Merino has earned striking role, says Arteta

The Spaniard scored nine goals in his first campaign at the Emirates, filling in for the injured Kai Havertz and Gabriel Jesus.

🟡AFP

RM1,000 buat pesakit kanser Negeri Sembilan mulai 2026

Anak kelahiran Negeri Sembilan yang menghidap kanser layak memohon peruntukan itu bermula tahun depan.

🟡Bernama