SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan RM1 juta bagi KanserCare, iaitu bantuan pesakit kanser, dengan pemberian insentif RM1,000 secara sekali beri kepada pesakit kanser di negeri ini.
Menteri Besar, Aminuddin Harun, berkata mana-mana anak kelahiran Negeri Sembilan yang menghidap kanser layak memohon peruntukan itu bermula tahun depan.
“Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli ubat, menampung keperluan makan minum atau kos pengangkutan semasa mereka mendapatkan rawatan.
