PETALING JAYA: Tindakan Parti Sosialis Malaysia (PSM) menolak menyertai gabungan longgar pembangkang dengan alasan perkauman, memerlukan Perikatan Nasional (PN) lebih berusaha keluar dari naratif itu, kata penganalisis.
Ariff Aizuddin Azlan berkata selaku komponen terbesar itu, PN perlu menggandakan usaha membawa lebih banyak isu membabitkan orang bukan Melayu.
Ahli akademik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu berkata tindakan terbabit bagi meyakinkan rakyat yang gabungan itu tidak bersikap kritikal terhadap isu etnik dan agama.