SHAH ALAM: Bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata beliau berasa ‘amat gembira’ jika dihubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bantu siasatan agensi itu berkait satu perjanjian kerajaan dengan sebuah firma asing.
Rafizi berkata beliau ‘pelik’ kerana SPRM belum menghubungi beliau dan beranggapan kemungkinan agensi itu masih mengumpul bukti.
“Selagi SPRM tak panggil saya, maksudnya mereka masih belum ada bukti kukuh untuk panggil saya,” katanya kepada wartawan selepas program Ayuh Malaysia.
