PETALING JAYA: Enam pegawai dan seorang bekas pegawai penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) direman empat hari bermula hari ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM15,000 berkaitan urusan lesen perniagaan.
Perintah reman terhadap semua suspek dikeluarkan Majistret Ameera Mastura Khamis di Mahkamah Majistret Shah Alam selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.
Menurut sumber, semua suspek lelaki berusia sekitar 30 hingga 50an itu ditahan antara 10 pagi hingga 12 tengah hari semalam di sekitar Lembah Klang.
