PETALING JAYA: polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang dipercayai aktif sejak Ogos tahun lepas menerusi serbuan ke sebuah rumah teres setingkat di Taman Bukit Indah, Johor Bahru, minggu lepas, melibatkan rampasan dadah dan sitaan harta dianggarkan berjumlah RM2.07 juta.
Ketua Polis Johor Ab Rahaman Arsad berkata, dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Johor pada 9 Jan, pelbagai jenis dadah seberat 21.75kg dengan nilai pasaran dianggarkan RM1.45 juta dirampas.
Beliau berkata, polis menahan lima lelaki tempatan berusia antara 43 hingga 53 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah bagi pasaran tempatan dan negara jiran.
