PETALING JAYA: Seorang penduduk tetap Singapura akan dihadapkan ke mahkamah esok, kerana mengubah suai nombor pendaftaran kenderaannya ketika mengisi petrol subsidi RON95.
Lelaki berusia 63 tahun itu dijadualkan hadir di Mahkamah Majistret Kulai untuk menghadapi pertuduhan bawah Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan, kerana penggunaan kenderaan dengan nombor pendaftaran yang diubah, ditutup atau dikaburkan, menurut Buletin TV3.
Ketua Polis Kulai, Tan Seng Lee, dilapor berkata, pertuduhan itu khusus berkaitan kesalahan mengubah atau menyembunyikan nombor pendaftaran kenderaan, dan bukannya berkaitan tindakan mengisi petrol bersubsidi.
