PETALING JAYA: Kegagalan rang undang-undang (RUU) pindaan perlembagaan bagi mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada 10 tahun lulus di Dewan Rakyat bukan disebabkan Anwar Ibrahim kurang sokongan di Parlimen, kata Ketua PKR Batu Asheeq Ali Sethi Alivi.
Dalam kenyataan, Asheeq menyangkal dakwaan Ketua Umno Batu Gulam Muszaffar Gulam Mustakim bahawa keputusan itu mencerminkan sokongan lemah terhadap perdana Menteri di Dewan Rakyat.
Beliau berkata, blok Pakatan Harapan (PH) menyokong RUU tersebut sepenuhnya, dengan semua Ahli Parlimen PH hadir dan mengundi menyokong pindaan itu.
