PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail telah menyerahkan Surat Tuntutan (LOD) kepada seorang pengguna media sosial berhubung fitnah membabitkan hala tuju pasukan Liga Super Kedah Darul Aman (KDA) FC.
Ketua Pakatan Harapan (PH) Kedah itu menerusi LOD dikeluarkan Tetuan S N Nair & Partners bertarikh 4 April berkenaan, menuntut pengguna media sosial terbabit atau nama sebenarnya Muhammad Zubair Ismail untuk memohon maaf.
Menerusi tuntutan itu, Zubair pada 26 Mac didakwa membuat hantaran di Facebook Tam Jebat mendakwa Saifuddin mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat KDA FC sehingga tiada pihak mahu menaja pasukan itu.