PETALING JAYA: Seorang pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) beri amaran beliau akan memfailkan saman balas terhadap Albert Tei sekiranya ahli perniagaan itu meneruskan saman fitnah terhadapnya.
Perkembangan ini selepas Tei menuntut Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah, Nizam Abu Bakar Titingan, memohon maaf kerana mendakwa Tei dalang di sebalik skandal perlombongan di Sabah.
Nizam berkata beliau menolak surat tuntutan (LOD) Tei melalui peguamnya, kerana komen beliau berdasarkan fakta, sebahagian besarnya adalah benar, dan dibuat demi kepentingan awam.
