PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan laporan bahawa beliau antara pemimpin dan ahli politik yang terlibat dalam pertemuan bersama Presiden Umno Zahid Hamidi di Bangkok tahun lalu.
Samsuri yang juga naib presiden PAS berkata beliau juga tiada kena mengena dengan pertemuan tersebut.
“Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh beberapa pihak tertentu, saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak terlibat dalam apa jua pertemuan di Bangkok.
