PETALING JAYA: Suami isteri antara empat individu ditahan bersama ketamin seberat 20.7kg bernilai lebih RM1 juta dalam serbuan di sebuah premis perkhidmatan kurier di Kepayan, Kota Kinabalu.
Pesuruhjaya Polis Sabah Jauteh Dikun, berkata dalam serbuan pada 12.15 tengah hari, Khamis lalu, turut disita lima kenderaan mewah, komputer, serta barangan lain bernilai RM3.18 juta, menjadikan keseluruhan nilai rampasan dan sitaan RM4.21 juta.
“Berdasarkan pemeriksaan, kita menemukan dua karung mengandungi 20 bungkusan dadah jenis ketamin dan seterusnya menahan seorang lelaki yang juga suspek utama.