MatchPoint Times

Home

SPRM buka siasatan perjanjian RM1.1 bilion kerajaan dengan syarikat asing

Cover Image for SPRM buka siasatan perjanjian RM1.1 bilion kerajaan dengan syarikat asing

Siasatan dibuat susulan aduan NGO dakwa perjanjian dibuat tergesa-gesa dan berat sebelah, mungkin libat ketirisan dana kerajaan.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka satu kertas siasatan berhubung perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion.

Siasatan itu dibuat susulan beberapa aduan yang dikemukakan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa perjanjian itu dibuat secara tergesa-gesa dan berat sebelah, sehingga dijangka memberi implikasi kepada kerajaan.

Menurut sumber, berdasarkan aduan serta dokumen yang diserahkan oleh beberapa pihak, SPRM telah mendapatkan beberapa dokumen berkaitan perjanjian itu daripada Kementerian Ekonomi pada 13 Feb lalu.

Tags:Ahmad Khusairi YahayaKementerian EkonomiKementerian KewanganKetua Setiausahakonflik kepentinganMITINGOperjanjian dengan syarikat asingSPRMsumber


Tajikistan seeks to boost trade, cultural ties with Malaysia

Tajikistan’s ambassador to Malaysia Ardasher Qodiri says deeper trade ties can open new markets for energy, minerals and palm oil.

🟡Minderjeet Kaur

Suhakam gesa tubuh RCI siasat dakwaan libat Azam

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia kata RCI punyai kuasa untuk panggil saksi, memeriksa mereka bawah angkat sumpah, serta memaksa pengeluaran dokumen.

🟡FMT Reporters