PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat transaksi pembelian hartanah dikaitkan dengan pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditahan Isnin lalu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata pegawai gred Jusa B itu memegang jawatan tinggi dan siasatan masih diteruskan.
“Dia pengarah kanan di bawah pejabat Datuk Bandar. Sebahagian siasatan SPRM kini membabitkan pembelian hartanah, terutamanya sebuah kondominium dikaitkan dengannya,” katanya menurut Berita Harian.