PETALING JAYA: Seorang lelaki dihukum penjara lima tahun manakala isterinya didenda RM18,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana mendera anak perempuan mereka berusia lapan tahun dengan kulit durian, minggu lalu.
Hakim Mohd Zaki Mohd Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas Bunyamin Sukiman, 42, dan Yorlini Abdullah Umar, 32, mengaku bersalah menyebabkan kecederaan pada mangsa di sebuah rumah di Jalan Ampang pada 6 petang, 16 Julai lalu, lapor Utusan Malaysia.
Zaki mengarahkan Bunyamin, yang juga bapa tiri mangsa menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkapan iaitu 18 Julai, dan ibu kandung mangsa pula berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal bayar denda.