PETALING JAYA: Sepasang suami isteri ditahan kerana disyaki mendera anak asuhan mereka berusia dua tahun sehingga cedera di Seksyen 16, Shah Alam.
Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada ibu mangsa pada 12 tengah malam, 15 Ogos lepas.
Katanya, mangsa dihantar ke rumah suspek kira-kira 10 pagi pada hari sebelumnya, namun apabila pulang ke rumah pada malam hari yang sama, didapati budak lelaki itu mempunyai kesan lebam pada muka.