PETALING JAYA: Pasukan taekwondo negara meraih pingat emas pertama mereka di Sukan SEA selepas mengungguli acara poomsae berpasukan wanita di Bangkok hari ini.
Walaupun bukan pilihan utama untuk menang, persembahan lincah dan kemas oleh Seah Jing Ying, Wong Zin dan Yow Mei Yee memukau juri, sekali gus memberikan mereka 8.560 mata dalam final.
Mereka menewaskan pencabar terdekat dari Thailand – Chonlakorn Chayawatto, Chutikarn Lapnitayapan dan Ratchadawan Tapaenthong – yang mengumpul 8.450 mata dan terpaksa berpuas hati dengan perak.
