MatchPoint Times

Home

Syed Alwi dilantik CEO HRD Corp baharu

Cover Image for Syed Alwi dilantik CEO HRD Corp baharu

HRD Corp berkata Syed Alwi Mohamed Sultan secara konsisten memacu pertumbuhan organisasi dan meningkatkan institusi kewangan.

PETALING JAYA: Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) melantik Syed Alwi Mohamed Sultan sebagai ketua pegawai eksekutif baharunya berkuat kuasa hari ini, menggantikan Shahul Hameed Shaik Dawood yang meletak jawatan pada April.

HRD Corp berkata Syed Alwi, 51, mempunyai pengalaman lebih 27 tahun kepimpinan dalam perkhidmatan kewangan, teknologi perbankan, dan perundingan pengurusan.

“Beliau secara konsisten memacu pertumbuhan organisasi, mempertingkatkan institusi kewangan dan memperkenalkan penyelesaian inovatif, fokus masa depan yang menyelaraskan strategi kewangan dengan objektif perniagaan jangka panjang untuk memberikan impak yang mampan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tags:HRD CorpKetua Pegawai EksekutifShahul Hameed Shaik DawoodSyed Alwi Mohamed Sultan


China confirms EU leaders’ visit for summit

The summit will mark the 50th anniversary of the establishment of diplomatic ties between Beijing and Brussels.

🟡AFP

Shabery dilantik semula pengerusi Felda

Sebelum ini Felda umum kontrak Ahmad Shabery Cheek tamat 30 Jun lalu selepas melengkapkan perkhidmatan selama dua tahun.

🟡FMT Reporters