KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Najib Razak, memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan untuk menjalani baki hukuman penjara kes SRC International menerusi tahanan rumah.
Peguam beliau, Farhan Shafee, mengesahkan bahawa rayuan tersebut difailkan pada 24 Dis.
Rayuan berasingan terhadap sabitan hukuman Najib dalam kes 1MDB akan difailkan, sebaik sahaja menerima perintah rasmi daripada Mahkamah Tinggi Putrajaya.
