PETALING JAYA: Pengarah Urusan Mydin, Ameer Ali Mydin, berkata adalah tidak adil untuk menuduh rangkaian pasar raya besar itu sebagai perniagaan yang mendapat manfaat daripada program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Beliau menjawab kenyataan Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong di Dewan Rakyat yang mendakwa Mydin mendapat keuntungan besar kerana ramai ‘penerima SARA mungkin akan berbelanja lebih daripada RM100 dan berbelanja di pasar raya itu’.
“Jadi tauke Mydin bergitu gembira sekali,” katanya, sambil berseloroh bahawa perniagaan berjalan begitu baik sehingga Ameer sering menghasilkan video menari di TikTok.
