MatchPoint Times

Home

Tanam semula sawit tua penting elak eksport negara merosot, kata Johari

Cover Image for Tanam semula sawit tua penting elak eksport negara merosot, kata Johari

Kementerian Perladangan dan Komoditi fokus membantu pekebun kecil menggantikan pokok sawit berusia 25 tahun bagi mengekalkan produktiviti dan pendapatan negara.

KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi memberi tumpuan utama kepada usaha membantu pekebun kecil melaksanakan tanaman semula pokok kelapa sawit yang berusia 25 tahun.

Menterinya Johari Ghani berkata langkah itu penting bagi memastikan pengeluaran hasil dan pendapatan eksport negara tidak merosot akibat pokok sawit tua yang semakin kurang produktif.

Johari Ghani.

“Apabila pokok sawit mencecah umur 24 atau 25 tahun, hasilnya semakin berkurang. Jika kita tidak melaksanakan tanaman semula, pengeluaran menurun dan akhirnya eksport serta pendapatan negara turut terjejas,” katanya selepas pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat.

Tags:belanjawan 2026Johari Abdul GhaniKementerian Perladangan dan Komoditikomoditi


Thai pair prove too strong for Soon Huat-Shevon in Arctic Open

The Malaysians go down to higher ranked Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran in straight games in their quarter-final clash at Vantaa, Finland.

🟡K. Parkaran

Pelaksanaan Belanjawan 2026 harus berkesan, konsisten, gesa Samenta

Inisiatif Belanjawan 2026 akan terbantut tanpa tindakan susulan yang cekap, kata presiden Samenta.

🟡FMT Reporters