KUALA LUMPUR: Pengurusan baharu Menara Kuala Lumpur (Menara KL) LSH Service Masters Sdn Bhd (LSHSM) sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Komunikasi bagi menetapkan tarikh pembukaan semula mercu tanda ikonik negara itu selepas melalui kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan menyeluruh.
Ketua Pegawai Eksekutif LSHSM, Khairil Faizal Othman, berkata Menara KL hanya akan dibuka semula kepada orang ramai setelah semua aspek keselamatan dan fungsi operasi dipulihkan sepenuhnya.
“Kami sedang mempercepatkan kerja di tapak dan berkomunikasi rapat dengan Kementerian Komunikasi untuk mengenal pasti tarikh pembukaan sesuai menara telekomunikasi itu.