MatchPoint Times

Home

Terengganu larang jual produk vape mulai 1 Ogos

Cover Image for Terengganu larang jual produk vape mulai 1 Ogos

Jualan produk rokok elektronik akan dilarang di semua premis perniagaan dalam kawasan PBT di seluruh Terengganu.

PETALING JAYA: Kerajaan Terengganu melarang penjualan produk rokok elektronik atau ‘vape’ di semua premis perniagaan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan di seluruh negeri itu, mulai 1 Ogos.

Keputusan ini merupakan langkah proaktif kerajaan bagi membendung penjualan dan penggunaan produk rokok elektronik, “yang boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan rakyat, khususnya dalam kalangan generasi muda”.

“Mana-mana pengusaha vape yang masih menjalankan perniagaan ketika larangan ini sedang dikuatkuasakan akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang kecil yang digubal di bawah Akta Kerajaan Tempatan,” menurut kenyataan.

Tags:larang jual vapeTerengganuVape


DVS, JAS ambil sampel Sg Bidor susulan dakwaan pencemaran

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar ambil sampel air untuk analisis lanjut.

🟡Bernama

Protecting children must take precedence over punishment

The conviction of 15 people for falsifying birth registration documents should have sparked a national reckoning about baby-selling and child trafficking in Malaysia.

🟡Letter to the Editor