KOTA TINGGI: Seorang lelaki berusia 51 tahun kerugian sebanyak RM380,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang ditawarkan melalui aplikasi WhatsApp dengan janji pulangan lumayan.
Ketua Polis Kota Tinggi Yusof Othman berkata mangsa telah ditawarkan pelaburan berkenaan oleh seorang individu yang baru dikenali di aplikasi tersebut.
Beliau berkata modus operandi skim itu ialah menjanjikan mangsa keuntungan sehingga 50% daripada jumlah wang dilaburkan dalam tempoh hanya satu minggu.