MatchPoint Times

Home

Tiada bukti baharu, siasatan kes Pannir Selvam tidak diteruskan, kata Bukit Aman

Cover Image for Tiada bukti baharu, siasatan kes Pannir Selvam tidak diteruskan, kata Bukit Aman

Usaha termasuk lawatan JSJN ke Penjara Changi pada 27 Sept lepas tidak temukan sebarang maklumat bagi siasatan lanjut di Malaysia, kata Hussein Omar Khan.

KUALA LUMPUR: Polis tidak dapat meneruskan siasatan lanjut berhubung kes rakyat Malaysia P Pannir Selvam yang kini menunggu hukuman mati di Singapura berikutan ketiadaan sebarang maklumat atau bukti baharu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Hussein Omar Khan berkata, usaha mendapatkan bukti baharu termasuk lawatan pihak JSJN ke Penjara Changi, Singapura pada 27 Sept lepas tidak menemukan sebarang maklumat yang membolehkan siasatan lanjut dijalankan di Malaysia.

Beliau berkata, siasatan JSJN sebelum ini bermula selepas pihak Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura dan ahli keluarga Pannir Selvam memaklumkan banduan itu telah diperdaya oleh seorang suspek untuk membawa dadah ke republik itu.

Tags:Bukit AmanCNBedar dadahhukuman matiHussein Omar KhanJSJNpannir selvamPusat Pemeriksaan Woodlands


Kerajaan sedia timbang autonomi ekonomi, Sabah, Sarawak, kata timbalan menteri

Bagaimanapun, Hanifah Hajar Taib berkata pelaksanaannya tidak mudah selain perlu diteliti mengikut perlembagaan dan MA63.

🟡Bernama

Court rules out full trial in Petronas-Shell MDS gas payment dispute

Justice Mahazan Mat Taib says there is no basis for the matter to proceed to a full trial as it involves questions of law rather than of fact.

🟡FMT Reporters