MatchPoint Times

Home

Tiada lagi Perang Dingin, tetapi senjata nuklear kini lebih bahaya, kata Tok Mat

Cover Image for Tiada lagi Perang Dingin, tetapi senjata nuklear kini lebih bahaya, kata Tok Mat

Menteri luar berkata, dunia kini berdepan ancaman nuklear baharu dan lebih kompleks, dipacu oleh teknologi moden dan konflik global.

KUALA LUMPUR: Menteri Luar Mohamad Hasan memberi amaran bahawa ancaman senjata nuklear hari ini jauh lebih berbahaya berbanding zaman Perang Dingin, lebih-lebih lagi dengan adanya teknologi baharu dan ketegangan global yang meningkatkan risiko keadaan menjadi lebih parah.

Beliau berkata, pertembungan antara zaman nuklear dan zaman maklumat, didorong oleh perang siber, kecerdasan buatan dan pengkomputeran kuantum, telah mencetuskan ‘tempoh paling goyah dalam sejarah kemanusiaan’.

“Sama ada zaman ini dikenali sebagai era pasca-maklumat, revolusi pasca-industri atau zaman AI, satu perkara yang pasti – Perang Dingin mungkin sudah berakhir, tetapi senjata nuklear kini jauh lebih berbahaya berbanding dahulu,” katanya dalam ucapan pembukaan di Mesyuarat Suruhanjaya Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ).

Tags:IAEAlucut senjata nuklearMohamad Hasanperang dinginperjanjianratifikasiSEANWFZzon bebas senjata nuklear


Immobile signs for Bologna after a season at Besiktas

The 35-year-old left the Istanbul side earlier this week after his contract was terminated.

🟡AFP

Peranan serantau Tokyo kukuhkan ikatan Asean-Jepun, kata penganalisis

Pakar berkata Jepun kini menjadi pemain strategik yang tersendiri sebagai kuasa pengimbang di rantau itu.

🟡Danish Raja Reza